Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 8-Oct-2009 07:11 Email | Share | Bookmark
KOTA BHARU TRADE CENTRE

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
DAH SIAP?

Aku rasa belum siap. Baru fasa satu (podium je). Sepatutnya ada menara (bangunan) 25 tingkat. Setahu aku la, dan berdasarkan gambaran pelukis dalam ilustrasi yang boleh didapati di www.mpkb.gov.my. Kalau tak silap 2012 dijangka siap sepenuhnya. Apa-apa pun harapnya pembangunan yang dinikmati ini bukan milik orang lain, biarlah ia milik orang Islam tanpa menafikan peluang orang lain juga.






PARKSON
Pasaraya Parkson membentuk sebahagian besar KBTC. Balik raya lepas aku pun pegi la jenguk sikit. Nak parking kereta kat tempat parking dia la kononnya. Masa masuk tu guard tu dah warning siap2, jalan naiknya sangat tinggi, curam, tapi kalau kereta auto no problem. (kereta aku auto). So, aku pun naik la...cis, no problem kononya..tinggi gila. Terpaksa gear satu. Tu pun jenuh, mcm kura-kura. Aku tengok kereta manual lagi laju naik.

Aku pun tak tau sapa yang design bangunan tu. Bini aku cakap (bini aku QS), orang ni design tak betul, menyusahkan orang.

So, nasihat aku, tak payah la korang parking kat dalam. Parking je kat luar, area pasar siti khadijah tu..

Pemandangan dalam Parkson:

Anak aku posing.



Gambar2 spt ini tak sepatunya ditayangkan di sebuah bandaraya islam.


Pintu masuk parkson tingkat 3.

Kedai-kedai

Akemi


Istanbul Fesyen. Ejaan dalam jawi tu salah. Yang betulnya: اسطنبول


ِAnnisa'. Busana Muslimah juga.

Sebenarnya aku kesuntukan masa. Tak banyak tempat yang aku explore. Nanti la, bulan 11 ni aku balik lagi.


BAZAR TENGKU ANIS
Yang ni aku rasa dah siap. Tunggu nak isi je. Dengar khabarnya peniaga di Bazar MPKB lama akan masuk sini.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net