Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Oct-2008 03:12 Email | Share | Bookmark
AIDIL FITRI 1429

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selamat Hari Raya 'Idul Fitri

Tahun ni aku sekeluarga beraya di Pasir Puteh Kelantan buat kali kedua berturut-turut. Ikut giliran patut raya kat Ipoh, tapi anak kecik aku ada dat Kelantan. So, raya kat sana la. Tahun depan dan seterusnya (1430 dan 1431 Hijrah) terpaksa la raya kat Ipoh. Takpe, itu namanya tolak ansur. Takkan pasal nak sambut raya pun gaduh laki bini. Kepada laki bini yang selalu gaduh nak raya kat mana tu contohi la aku dan bini aku..kah kah kah...


Tahun ni aku diminta baca khutbah. Biasanya aku jadi imam solat idul fitri, tapi orang biasa baca khutbah tu tak sihat. So aku took over. Aku pun jual mahal gak, tak nak ambik dua...satu cukup la.

1 Syawwal

Budak hensem



Bapa borek anak rintik. Sulaiman melaram dengan serban ayah....

Dua budak comel...jarang-jarang bertemu


Sekarang ni Sulaiman suka buli adik. Tak tau kenapa. Sebenarnya dia geram tengok adik dia. Maklumlah, bukan selalu boleh main dengan adik.

Anas budak comel (dan manja)




Adik nangis kena buli dengan abang. Nasib baik mama ada.


Dapat manja dengan mama. Mama tengok adik sebulan atau 2 bulan sekali.


Tak sabar tunggu mama grad...nak tinggal dengan mama & ayah kat Ipoh.Biasa kalau naik kereta, abang Sulaiman dok depan dengan mama. Hari ni Abang Sulaiman tidur, so adik boleh dok dengan mama kat depan..yahooooo...seronoknya.

Sulaiman buli adik

Dah pakai serban pun sempat lagi buat adik. Sekali adik lempang kat muka dia habis dia ngadu kat semua orang...mama, ayah, nenek dll.."Nah wat".

HIDANGAN RAYA PALING POPULAR DI KELANTAN (KETUPAT PALAS 3 BUCU)

Ketupat ni bungkus oleh aku, mak aku dan adik beradik aku kecuali kaka sulung aku yang tak tau bungkus ketupat. Susah ooo...Ada orang ngutuk "apa la kelantan...ketupat pun manis". Habis ketupat nasi yang tawar tu dimakan denga kuah kacang yang dimasukkan gula atau gula melaka tu apa cerita. Ketupat nasi yang bungkus dengan daun kelapa tu lagi bodoh. Buat penat je ngayam daun tu..last last jadi macam nasi himpit gak. Rasa pun nasi himpit, kuah pun sama dengan nasi himpit. Baik buat nasi himpit je..lagi senang, tak penat nganyam.

Ketupat palas ni pun ada kat Perak, tapi bungkusannya tak la secantik dalam gambar kat atas tu.. he he he. Nanti la..kalau aku jumpa lain kali aku ambik gambar letak kat sini. Boleh bandingkan sendiri.


Hidangan kat rumah Maklong. Maklong tak berapa sihat sekarang. Kena kencing manis. Pastu ada pulak benda2 lain dok kacau.


Nasi dagang kat rumah Mak Cu. Tiap2 tahun Mak Cu buat nasi dagang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net