Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-Jan-2008 04:02 Email | Share | Bookmark
TESCO

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tesco vs KB Mall, mana lebih besar?

Anas at Tesco KB
Kepada orang Kelantan, masa shopping kat Tesco tu ingat-ingatlah peniaga dan peruncit kecil-kecil sama. Tesco ni Yahudi punya. Tapi setahu aku bagi Malaysia, ada share orang tempatan. Takkan nak beli ikan sekilo sayur 2 kilo, beras sekampit pun nak gi Tesco.

Anyway aku tak la excited sangat nak shopping kat sini, cuma sekadar meraikan dan menjenguk perkembangan terbaru di negeri kesayangan aku ni.


Pintu masuk.


Susu bayi.



Anas dengan mama tengah cari barang.


Kek dan roti


Shop lots.


Anas dan mama posing depan Focus Point, kedai cermin mata.



Escalator yang bersimpang siur.


Kedai aiskrim, Lucky.

Sebenarnya Tesco KB lebih besar drpd Tesco Ipoh, tapi kat Ipoh ada 3. Satu belakang Jusco (Kinta City), satu Makro lama (seberang highway-tesco extra), satu lagi kat Ipoh Parade (Tesco Express). Kalau gabung tiga ni memang lebih besar la.

Latest News

The biggest hypermart is coming to KB.

Mydin bina hypermarket terbesar di bandar baru Tunjung
Salmah Mat Husain
Mon | Jan 28, 08 | 6:43:00 pm MYT
KOTA BHARU, 28 Jan (Hrkh) – Ungkapan Kelantan tidak membangun di bawah PAS sering kali didengari, lebih-lebih menjelang pilihan raya umum ke-12 tidak lama.



Bagi Umno, hanya itulah kempen yang terlalu mahal baginya untuk memperlekehkan kerajaan Kelantan, sedangkan realiti yang berlaku di bumi Serambi Mekah hari ini semakin sendat dengan pembangunan.

Ini terbukti lagi apabila Mydin Wholesale Emporium Sdn Bhd menandatanganni perjanjian dengan kerajaan negeri bagi membina Hypermarket Mydin terbesar di negara ini di sini tidak lama lagi.

Hypermarket itu melibatkan kos RM100 juta akan dibangunkan di Bandar Baru Tunjung tidak jauh dari Bandar Kota Bharu.

Kompleks bangunan perniagaan itu akan dibina di kawasan seluas 18 ekar itu akan dimajukan bersama dengan Tunjong Development Corporation Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Perjanjian itu melibatkan pengambilan tanah yang ditandatangani Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mewakili PMBK dan Mydin diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin.

Manakala perjanjian pembangunan pula membabitkan PMBK, Mydin dan Tunjung Development Corporation yang diwakili pengarahnya, Fauzi Abdullah.

Sebagai tanda persetujuan memulakan projek pembangunan Mydin menyerahkan cek bernilai RM1.8 juta kepada PMBK dan sebuah Toyota Fortuner bagi kegunaan di tapak projek.

Ameer berkata, walau pun mengakui Mydin berhadapan dengan pelbagai persaingan, namun berkeyakinan hypermarket yang bakal beroperasi nanti tidak akan tergugat.

Katanya, barang-barang yang akan dijual berlainan berbanding pasar raya lain termasuk Tesco yang baru beropersi di sini.

“Memang saya tidak nafikan kami terpaksa berhadapan dengan persaingan yang sengit termasuk Tesco, namun barangan kami berlainan termasuk produk bagi keperluan ibadat untuk umat Islam.

“Lagi pun kami mengimport sendiri barang-barang berkenaan dari tempat membuatnya di luar negara bagi membolehkan harga ditawarkan lebih rendah,” ujarnya kepada pemberita selepas itu.

Kata beliau projek berkenaan akan dimulakan pada April depan dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

Selain itu, perjanjian usahasama antara Kelantan Utilities Mubarokan Holding Sdn Bhd, Yayasan Kraftangan Kelantan dan Kinson Manufacturing Sdn Bhd turut ditandatangani.

Kelatan Utilities Mubarokan diwakili pengerusinya, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Yayasan Kraftangan Kelantan diwakili pengarahnya, Datuk Ismail Hassan dan Kinson pula Pengarah Urusannya, Datuk Tan Kean Wan.

Perjanjian berkenaan bagi kerja-kerja pemasangan paip baru di beberapa tempat Kelantan.

Kelantan kini mempunyai bilangan pasar raya terbanyak di Pantai Timur. Terdapat lebih 10 pasar raya termasuk satu hypermarket. Manakala di setiap bandar pula terdapat sekurang-kurang sebuah pasar raya.



Food court yang dipenuhi oleh orang lapar! Aku belum sempat makan kat sini lagi, sbb lps shopping kat sini aku pergi makan kat Restoran Cikgu di Kampung Kraftangan, KB.

MYDIN LAGI

Mydin Sasar Jualan RM2 Bilion Dengan Pembukaan Tujuh Hypermarkert Baru

KOTA BAHARU, 28 Jan (Bernama) -- Mydin Wholesales Emporium Sdn Bhd menyasarkan jualan syarikatnya meningkat RM2 bilion pada tahun hadapan dengan beroperasinya tujuh lagi pasaraya besar yang kini dalam proses pembinaan.

Pengarah Urusannya Datuk Ameer Ali Mydin berkata setakat ini jualan syarikat itu berjumlah RM1 bilion setahun melalui 24 emporium dan dua pasaraya besarnya di seluruh negara.

"Tujuh pasaraya besar itu masing-masing akan dibina di Melaka, Kuantan, Pahang, Kubang Kerian dan Tunjung di Kota Baharu dan tiga lagi di Ipoh, Perak," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Melalui MoU itu, Mydin Wholesales Emporium Sdn Bhd memeterai perjanjian dengan PMBK melalui anak syarikatnya Tunjong Development Corporation (TDC) bagi pembangunan tanah seluas 7.2 hektar untuk pembinaan pasaraya besarnya yang baru di Bandar Baru Tunjung.

Ameer berkata pembinaan pasaraya besar di Bandar Baru Tunjung itu menelan kos RM100 juta dengan keluasan 650,000 kaki persegi menjadikan ia pasaraya besar terbesar di negara ini.

"Kita jangkakan pasaraya besar ini akan dapat beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun hadapan seandainya proses pembinaannya dapat dimulakan pada Julai ini," katanya.

Katanya dengan siapnya pasaraya besar terbesar itu nanti, ia dijangkakan memberi peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,000 orang.

"Kita percaya kelainan yang ada pada Mydin mampu menarik pelanggan walaupun terpaksa bersaing dengan pelbagai pasaraya lain termasuk di Kelantan," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui selepas majlis MoU itu berkata kerajaan negeri amat berterima kasih kepada pelabur kerana sanggup melabur untuk membangunkan negeri.

"Saya bersyukur atas kepercayaan syarikat-syarikat besar untuk membangunkan Kelantan dari pelbagai aspek termasuk pembangunan tanah dan pembangunan air seperti yang dibuat oleh sebuah syarikat pembuatan paip di Pengkalan Chepa," katanya.

//Bernama


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net