Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Dec-2007 08:36 Email | Share | Bookmark
Cooking Time

 
 
 
 
 
 
 
Gulai Kawah

Aku dah merantau ke seluruh semenanjung malaysia. Sekarang aku tinggal kat Perak. Seumur hidup aku, aku tak pernah jumpa gulai (kari) sesedap gulai kawah di Kelantan yang biasa dihidangkan pada majlis perkahwinan.


Tumis bawang, halia, dll.


Gaya seorang tukang masak, sambil melayan anaknya.


Bila bawang dah kekuning-kuningan dan mengeluarkan bau yg sedap, masukkan serbuk kari. Campur sedikit air. Lepas tu masukkan juga gula melaka (org Kelantan panggil "nnise" (manisan).


Bila serbuk kari tu dah masak, masukkan daging dan kacau sehingga keluar air yang banyak. Kalau tak kacau nanti serbuk kari tu tak rata.


Kacau lagi sehingga daging masak.


Bila daging dah masak (empuk), masukkan santan. Kacau lagi sehingga mendidih. Jangan lupa garam secukup rasa.


Hampir masak. Time ni la kalau nak masukkan buah ara ke, umbuk kelapa ke, putik pisang ke atau lain-lain. Pilih salah satu je. For me, the best is buah ara.

Cara yang ditunjukkan di atas adalah cara ekspress. Nak cepat, tak cukup masa. Kalau kenduri kawin orang Kelantan buat cara lain sikit. Ramuan rempah tadi semuanya dimasak malam dan diperap. Pagi esoknya hanya masukkan daging dalam kawah dan selepas itu masukkan ramuan tadi dan kacau sehingga daging masak. Lepas tu masukkan santan dan lain-lain.

Orang Kelantan biasanya agak cerewet dan cermat dalam kenduri kawin. Mereka nak masak yang terbaik sbb nak jaga imej pihak yang buat kenduri. Kalau gulai tak sedap, orang akan bercakap berminggu-minggu. Sbb itula cara yang ditunjukkan dlm gambar di atas tak di amalkan bila time kenduri kawin. Kalau kenduri biasa atau aqiqah dsb. tak pe.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net