Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Dec-2007 02:47 Email | Share | Bookmark
Dr. Abdul Qadir as-Saadi - Pertemuan yang sangat bermakna

Pertama kali dapat bergambar secara personal dengan Dr. as-Saadi
My schoolmate and university mate, Mursyid
Pada pagi 28 November lepas hati meronta-ronta untuk ke UIA. Masa tu aku kat Ipoh bersama keluarga. Walaupun isteriku tak berapa suka tapi aku berkeras juga nak pegi untuk menyelesaikan urusan pembelajaran aku. Rupa-rupanya ada tetamu istimewa sedang menunggu di sana. Pada petang itu, bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIA aku dapat betemu mata dengan bekas pensyarah aku masa kat Jordan dulu, Dr. Abdul Qadir as-Saadi, yang datang membentangkan kertas kerja pada Persidangan Bahasa Arab Antarabangsa anjuran UIA. Singkat tapi cukup bermakna. Sayangnya aku lupa bawa kamera digital aku. Nasib ada handphone Nokia 6600. Dapat gak ambik gambar walaupun kualitinya kurang.
Dr. as-Saadi memang mendapat tempat istimewa dalam hati pelajar-pelajar Malaysia di Universiti Al al-Bayt, Mafraq, Jordan semasa beliau mengajar di sana dari tahun 1994 hingga 2000. Semua pelajar Malaysia yang pernah belajar dengan beliau walaupun satu subjek akan diingati nama mereka sampai bila-bila. Beliau juga memberi kuliah fiqh kepada kami secara percuma di luar universiti, manakala abangnya Dr. Abdul Hakim memberi kuliah usul fiqh. Seorang lagi abangnya Dr. Abdul Razak as-Saadi mengajar di UIA.


Kali pertama dapat bergambar secara personal dengan Dr. as-Saadi. Masa kat Jordan dulu posing ramai-ramai. Itu pun masa hari raya je.


My schoolmate (KISAS) and university mate (Al al-Bayt), Mursyid. Anak AllahyarhamCikgu Mustafa Long, bekas pemimpin Pas Kedah.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net