Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 2-Nov-2007 02:23 Email | Share | Bookmark
The Future of Kota Bharu

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sapa kata Kelantan mundur, ketinggalan? Nah korang tengok la sendiri. Mudah-mudahan apa yang dirancang ni akan jadi kenyataan. Sebahagiannya in progress spt KBTC, KTC, Pelangi Mall (hampir siap) dll. Yang lain-lain tu harap mula cepat.


Kota Bharu Trade Centre. Giant akan buka di sini. Dulu Pasar Malam Parit Dalam @ padang bas. Sebelah Pasar Besar Siti Khadijah dan bangunan TNB.


Kelantan Trade Centre. Dekat Hotel Perdana, sebelah Hospital Pakar Perdana, depan Medan Usahawan, dekat Stadium Sultan Muhammad IV. 70% siap (anggaran aku).


Pelangi Mall, Jln. Post Office Lama. Dekat Grand River View Hotel, tepi Sungai Kelantan. 95% siap (anggaran aku). Tak sabar nak shopping kat sini.


Nuri Tower. Yang ni aku tak tau kat mana. Dapat gambar dlm internet kat laman mengenai Kelantan. Ntah ye ntah tidak.



Yang ni dekat panji. Kalau dari KB, sampai trafik light JPJ, belok kiri menghala ke Sabak. Kalau dari Kubang Kerian (HUSM), terus je ke depan. Harganya mahal gila. Aku ada contact developer. RM254,000 untuk tingkat 10. Itupun katanya dalam proses nak naikkan harga. Ntah orang kaya mana yang beli aku pun tak tau.


Yang ni mesti tepi Sungai Kelantan. Tang mana wallahu a'alam. Mungkin ganti kpd Taman JPS yang dah ditenggelami pasir dulu kot.


Yang ni aku rasa di tapak Hentian Bas Jalan Hamzah sekarang ni sebelah KB Mall. Bila nak mula aku tak tau. Aku nampak rumah panjang kat situ dah roboh. Sementara tu, Hentian Bas Jalan Hamzah nak ke mana buat sementara ni?


Stadium baru. Dah lama aku dengar nak buat kat Tunjung. Harapnya jadi kenyataan. Nampak dalam gambar macam berbumbung. Kalau betul molek benar la. Boleh orang perempuan main kat dalam. Masa perempuan main tutup bumbung, orang lelaki dihalau keluar. Masa lelaki main buka bumbung luas-luas. Mas hujan pun tutup bumbung, tak nak bagi rosak padang. Kalau betul kerajaan nak buat kompleks sukan baru aku harap stadium ni jadi prioriti. Yang sekarang ni lokasinya kurang sesuai sbb tengah2 pusat bandar dan sebelah hospital, bukan satu hospital, dua hospital sekali!


Masterplan utk Sri Cemerlang.

Hidup PAS. Semoga Umno makin lenyap di bumi Kelantan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net