Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Oct-2007 01:34 Email | Share | Bookmark
KOTA BHARU- PASAR BESAR SITI KHADIJAH

 
 
 
 
 
 
Ramai yang bila ambik gambar kat Pasar Besar Siti Khadijah hanya fokus pada bahagian bawah je. Tempat jual sayur dan ikan (pasar basah). Sebenarnya Pasar ni ada banyak tingkat lagi. Macam-macam ada jual kat situ. Kali ni aku ambik gambar bahagian kain. Sebenarnya bukan niat aku nak ambik gambar pun, tapi bini aku ni bila pegi pasar ni mesti pegi bahagian kain je. Hari tu dia nak beli tudung. Nak beli 3 je, tapi memilihnya sampai 2 jam. Aku pun naik boring menunggunya. Itu la pompuan bila shopping. Dah boring aku pun keluarkan kamera ambik la gambar apa yang patut. Tak banyak sangat. Sikit je....


Susunan kain yang tersusun rapi. Kedai ni favourite bini aku bila nak beli tudung.


Susunan tudung yang telah berjaya menggoda bini aku. Duit aku pun terbang.


Batik design terbaru. Bini aku hanya mampu bermimpi je nak pakai...kah..kah..kah..


Tuan kedai. Rasanya dia pun dah cam aku dengan bini aku. Dah banyak kali pegi kedai dia.


Suasana dalam pasar.


Bini aku sedang asyik memilih tudung.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net