Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Oct-2007 00:47 Email | Share | Bookmark
Kota Bharu lagi

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Raya lepas aku balik kampung kat Pasir Puteh. Lps tu pegi jalan-jalan ke Kota Bharu sambil shopping sikit.


Kelantan Trade Centre is taking it shape.


Istana Jahar. Dah ubah suai jadi muzium.


Istana Balai Besar. Tak tau kenapa pintu dia terbuka. Orang ramai boleh masuk kot. Tapi aku tak berani masuk. Aku suruh bini aku dan anak aku posing depan pintu je.


Taman kat belakang Bazar Buluh Kubu. Sebagai perbandingan, kain kat situ lebih mahal dr kat Pasar Siti Khadijah. Berdasarkan pengalaman je, tak ada kajian mendalam.


Air pancut dalam kawasan kampung kraftangan.


Kampung kraftangan.


Pintu gerbang Kota Sultan Ismail.


Pelangi Mall hampir siap. Tak sabar nak shopping.


Gerai depan Masjid Muhammadi.


Royal Guest House. Nama baru bagi Hotel Safar Inn. Tak lama sebelum tukar nama keadaan hotel ini sungguh menyedihkan. Tak padan dengan harga. Sekarang dah ok kot. Belum sempat menginap lagi kat sini.


Masjid Muhammadi. Dulu Tok Guru Nik Aziz buat kuliah pagi jumaat kat sini, dalam tahun 60an dan 70an dulu. Selepas Pas kalah dalam PRU 1978 beliau diusir, dan berpindah ke Dewan Zulkifli di Bangunan Pas Kelantan, atas Jaafar Rawas, depan Hotel Ansr Garden. Sekarang ni kuliah tu dah jadi acara tetap mingguan MPKB BRI. Tapi tempat dah diubah ke ke depan Hotel Ansar. Siap pasang khemah lagi. Tok Guru pun dah tak larat nak panjat tangga bangunan Pas tu. Dah uzur. Kuliah pun kerap diganti orang lain. Kalau Umno menang balik di Kelantan jangan harap la nak dengar kuliah agama macam tu lagi. Yang ada konsert2 hiburan yang melalaikan. So, orang Kelantan, pikir-pikir la.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net