Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Oct-2007 02:50 Email | Share | Bookmark
Satu hari satu malam di Kota Bharu

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

KB Mall. The biggest shopping complex in town. More and bigger to come. Giant, Tesco, Pelangi Mall, Intan Plaza, KB Trade Centre, Kelantan Trade Centre...


The dirty side of KB. Kalau nak banding dengan 5-10 tahun dulu KB memang makin bersih. Tapi ada tempat yang tak pernah bersih, kotor dulu, kini dan selamanya. Yang ni salah satu. Dekat benar dengan Medan Selera Buluh Kubu (Pasar Malam Parit Dalam dulu). Tikus besar giler kat sini. Kucing pun takut. Aku pun takut!


Medan Selera Buluh Kubu. Asalnya Pasar Malam Parit Dalam. Tapak asalnya sebelah stesen bas, depan The Store and Pasar Besar Siti Khadijah. Tapi tempat tu sekarang dibangunkan dengan KB Trade Centre. Giant akan buka kat situ. So, MPKB pindahkan ke belakang Pantai Timur, bukan betul-betul belakang. Belakang, belah kiri. Sebelah pagar tembok Maahad Muhammadi Perempuan.


Sate perut ayam. Hanya ada di Kota Bharu.


Kuih-muih. Kalau ada kencing manis jangan makan. Jangan cari pasal.


Satar. Sedap giler. Lebih sedap dari satar Terengganu lagi.


Jalan Kebun Sultan. Kawasan perniagaan yang aktif.


Hospital Pakar Perdana. Hospital orang kaya. Ada orang kata Kelantan miskin. Habis tu hospital ni sapa yang dok. Takkan orang Terengganu kot. Piiirraaah...anak syarikat kerajaan Terengganu sendiri pun pegi bukak hospital kat Kuantan. Apasal tak buka kat Terengganu? Korang pikir la sendiri.



Dari bumbung KB Mall. Kelantan Trade Centre is taking its shape.



Dekat bulatan jam. Aku tak pasti sama ada jam tu masih ada ke dah pupus. Yang pasti jam digital memang ada kat situ.



Aku pun tak tau apa nama jalan ni. Dari stadium ke wisma Abrar International di jalan kebun sultan. Apa kabar pengasas Abrar International? Kesian...Inilah salah satu kejahatan Dr. Mahathir yang aku tak boleh maafkan. Jatuh satu lagi korporat melayu islam. Orang Kelantan lak tu. Itu yang aku hot sangat tu.


Restoran yang sangat ekslusif. Harga pun ekslusif juga. Kat Wakaf Che Yeh. Dekat simpang empat ke jalan Pasir Mas baru (jalan Brahim Ali).


Wisma Norma Nawi. Itu la hebatnya wanita Kelantan. Boleh miliki bangunan dalam bandar besar. kecik pun takpe..besar pun kalau bangsa lain punya wat pe. Orang melayu jadi tukang sapu je.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net