Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Oct-2007 00:57 Email | Share | Bookmark
Emas Dinar Kelantan

 
 
 
 
 
 
 
Kerajaan Kelantan telah mengeluarkan Emas Dinar Kelantan sebagai instrumen simpanan kepada rakyatnya. Emas dan perak (dirham) adalah matawang yang diiktiraf oleh Islam. Ulama mengharuskan penggunaan wang kertas sebagai cover kepada dinar shj, yakni kalau kita bawa emas susah nak simpan dlm poket. So, wang kertas mewakili nilai sebenar dinar emas yang terdapat di simpan di Central Bank. Kaedah ini diguna pakai di Arab Saudi. Sebab tu matawang Riyal Saudi tak pernah jatuh tak pernah naik. Sama je dari dulu. Sebab 100% bersandarkan emas.
Emas adalah matawang yang paling stabil walaupun ada sedikit turun naik kadang-kadang. Dinar mempunyai nilai intrinsik. Matawang lain kat dunia hari ni hanya berdasarkan nilai yang ditulis di atasnya. Ambik Dolar US sbg. contoh. Apa beza antara not satu dolar dgn not seratus dolar. Bezanya dua biji kosong je. Yang lain sama.
So, korang simpan la emas banyak2. Jangan simpan duit kertas. Kerja bodoh. Tapi, jangan lupa, cukup 20 dinar kena cabut setengah dinar sbg zakat. Satu dinar = 4.25g. 20 dinar = 85g. Sapa ada duit kertas yang sama nilai dengan 85g emas kena keluarkan 1/40 sbg zakat.
Aku baru ada satu dinar. Insyaallah ada duit aku beli lagi.




KOTA BHARU, 6 Sept – Penggunaan Emas Dinar Kelantan sebagai langkah
permulaan bagi memperkenalkan semula dinar dan dirham dalam sistem
ekonomi di negeri ini akan dilancarkan 20 September ini.
Pelancaran itu akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik
Abdul Aziz Nik Mat ini di perkarangan Hotel Ansar kira-kira jam 2.30
petang.

Sebelum itu pada sebelah paginya akan diadakan seminar Emas Dinar
Kelantan di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana.

Jurucakap penganjur berkata, pada hari tersebut juga Emas Dinar
Kelantan akan dikeluarkan dan dijual kepada orang ramai melalui
cawangan mini Ar-Rahn yang dimiliki Permodalan Kelantan Berhad (PKB).

Dinar emas boleh digunakan sebagai simpanan atau tabungan, mahar mas
kahwin, pembayaran zakat dan sebagainya.

Pada Mei lalu Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menjelaskan
kerajaan Kelantan bercadang menggunakan nilaian dinar emas bagi
kemudahan rakyat menyimpannya.

Nilaian dinar tidak akan susut berbanding mata wang biasa yang
sentiasa berdepan dengan spekulasi antarabangsa. Kelantan akan
menjadi negeri pertama di negara ini menggunakan dinar dan
dirham.




KOTA BAHARU, 1 Dis - Emas Dinar Kelantan yang dilancarkan sejak 20
Sept lepas sehingga kini telah mencatatkan penjualan hampir RM1 juta,
yang menurut kerajaan negeri merupakan satu keadaan yang sangat
memberangsangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi,
Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa berkata
dengan jualan sebanyak itu, sekali gus menolak tanggapan serong
terhadap dinar yang diperkenalkan itu.

"Kita berasa gembira kerana sudah menjual lebih sembilan kilogram
emas yang bernilai lebih RM900,000, dan ini satu perkembangan yang
sangat baik," katanya kepada pemberita selepas majlis akad nikah
pasangan pengantin yang menggunakan emas dinar itu sebagai mas
kahwin, di Kampung Belukar, Pendek di sini, hari ini.

Pasangan Nurul Jalal Abdul Wahaib Mujahid dan Shuhaida Hanim Mohamed
Sunahe yang diijabkabulkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat, ialah pasangan pengantin pertama di Kelantan yang
menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin.

Nurul Jalal, 26, seorang guru agama menyerahkan 15 keping emas dinar
yang berharga lebih RM5,000 kepada pasangannya yang juga berusia 26,
seorang pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pasangan pengantin itu turut dihadiahkan suku dinar yang bernilai
kira-kira RM80, oleh kerajaan negeri yang sebelum ini mengumumkan
akan memberikan hadiah itu kepada 10 pasangan pengantin pertama yang
menggunakan dinar berkenaan.

Husam juga berkata kerajaan negeri akan mengadakan seminar kebangsaan
di Kuala Lumpur tahun depan, khusus untuk membincangkan isu emas
dinar itu.

"Tahun depan juga sempena sambutan Keputeraan Sultan Kelantan,
kerajaan negeri akan mengeluarkan emas dinar khas iaitu dua dinar,"
katanya.

Dinar emas yang dijual kepada umum kini dalam tiga timbangan iaitu
seberat 1.06 gram (suku dinar), 2.12 gram (setengah dinar) dan 4.25
gram (satu dinar) dengan ketulenan emas sebanyak 91.7 peratus yang
dijual mengikut harga emas semasa.

Sementara itu, Nurul Jalal ketika ditemui gembira kerana hasratnya
mahu menggunakan dinar itu untuk perkahwinannya tertunai.

"Ini untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan merealisasikan hasrat
kerajaan negeri dan saya rasa sangat gembira hari ini," katanya.

Dinar emas itu diedarkan oleh Permodalan Kelantan Berhad yang boleh
didapati di 10 rangkaian pajak gadai Islam ar-Rahn di Kelantan.

Kerajaan negeri menggalakkan penggunaan dinar itu sebagai simpanan,
mas kahwin, bayaran zakat dan hadiah.






Tempoh setahun nilaian satu Dinar Emas Kelantan bertambah RM43
The future MB of Kelantan

Sejak Emas Dinar Kelantan dilancarkan setahun lalu, kini nilaian bagi satu Dinar (RM322) meningkat
kepada RM365 yakni berlaku pertambahan sebanyak RM43.
"Cuba bayangkan sekiranya kita mempunyai lima Dinar atau lebih, berapa jumlahnya sekarang, jadi yang tak beli dulu tu rugi la," kata anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa.

Menurutnya, berdasar kepada perkembangan semasa harga emas semakin tinggi terutamanya sejak tujuh tahun kebelakangan ini.

Kata beliau penyimpan Emas Dinar berpotensi tinggi untuk mendapat keuntungan yang lebih besar sekiranya mereka menyimpan untuk jangka masa panjang.

"Adalah dijangka harga minyak dan gas akan mengalami kenaikan yang tinggi hingga mengundang kelembapan ekonomi dunia. Dan akibat kelembapan ekonomi itu nilai ringgit dan mata wang Amerika akan merosot.

"Untuk itu, sekarang adalah peluang terbaik orang ramai menyimpan simpanan melalui pembelian Emas Dinar. Saya mengeluarkan tabungan dari Tabung Haji untuk membeli Emas Dinar," ujarnya selepas penyampaian bantuan komputer, cek dan mesin photostat kepada Persatuan Orang Kurang Upaya, di pejabatnya hari ini.

Kerajaan negeri melancarkan Emas Dinar Kelantan pada 22 September tahun lalu dalam tiga bentuk iaitu Satu Dinar (RM332.25) setengah Dinar (RM176.76) dan suku Dinar (RM99.38). Sejak dilancarkan, Emas Dinar sering digunakan orang ramai sebagai emas kahwin dan simpanan nilai.

Emas Dinar Kelantan dikendalikan Permodalan Kelantan Bhd (PKB), anak syarikat milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. PKB memasarkan Emas Dinar melalui kedai-kedai Ar Rahn miliknya yang terdapat di seluruh Kelantan.

Husam juga berkata, Kerajaan Kelantan akan menambahkan nilaian emas bagi sekeping dinar kepada lima Dinar tidak lama lagi.

"Memandangkan Emas Dinar mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak kerajaan negeri bercadang untuk menambah nilaiannya kepada lima Dinar untuk sekeping. Manakala nilaian sedia tetap dikekalkan.

"Kita sedang dalam proses ke arah itu bagi memudahkan pemiliknya menyimpan untuk jangka masa panjang," ujarnya.

Husam juga berkata, sebanyak RM100,000 yang dikutip sempena pelancaran Emas Dinar Keputeraan baru-baru ini, dan ia akan diserahkan kepada Sultan Kelantan tidak lama lagi.

Katanya, sumbangan berkenaan akan diberikan kepada anak-anak yatim pada satu majlis yang bakal diadakan di Machang sebelum Aidilfitri ini.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net