Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  17  [18]  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]
Monday, 22-Oct-2007 05:35 Email | Share | | Bookmark
KENANGAN PERJALANAN DARI IPOH KE PASIR PUTEH

 
 
 
View all 10 photos...
Perjalanan dari Meru Heights, Ipoh ke Kampung Telosan, Pasir Puteh, Kelantan memang memenatkan. Makan masa 6 jam sekurang-kurangnya. Kalau anak buat hal lagi lama. Banyak tempat menarik sepanjang perjalanan antaranya Restoran Tasik Raban di Lenggong, R&R Tasik Raban, Tasik Banding di Grik, Peak Point kat tengah-tengah jalan raya Timur-Barat.


Anak aku berak, so behenti sat kat tepi tasik Banding utk basuh berak.


Lepas basuh berak posing untuk gambar. Anak aku beriya-iya nak terjun dalam tasik. Dia ingat air tu macam air kat dalam sink rumah tok wan dia kot.






Ayah dah penat. Dok dengan mama pulak.


Restoran Tasik Raban. Ikan bakar best giler.


Air terjun mini buatan kat Restoran Tasik Raban.


Lauk pauk yang dijual. Dalam banyak-banyak tu aku suka gulai nangka dengan ikan bakar je.


Inilah ikan bakar paling sedap atas dunia yang pernah aku makan. Yang aku tak pernah makan aku tak tahu.


Depa berdua asyik posing je. Yang ngambik gambarnya aku. Gambar aku takde sapa nak ambik.


Monday, 22-Oct-2007 05:03 Email | Share | | Bookmark
SULAIMAN VS ANAS

 
 
 
View all 11 photos...
Dua beradik yang comel bertemu jarang-jarang. Tengok aksi-aksi menarik mereka. Siapa lagi comel. Sulaiman ke Anas. Leave your comments.























Monday, 22-Oct-2007 02:15 Email | Share | | Bookmark
ANAS IN ACTION

 
 
 
View all 10 photos...
My second child Anas is 4 months old now. Dah besar. Tapi aku tak dapat melihatnya membesar sebab dia tinggal dengan mak aku kat Kelantan. Aku kerja kat Perak, bini aku belajar kat UIA. Abangnya, Sulaiman tinggal dengan neneknya di Ipoh. Sekali sekali bila balik Kelantan aku ambil gambar Anas banyak-banyak.


Dah pandai angkat dan pegang kaki. Ni mesti hyperaktif bila boleh berjalan nanti. Mengalahkan abang nanti.


Baru nak belajar meniarap.


Penat. Berehat jap. Sat lagi sambung lagi.


Akhirnya berjaya meniarap. Susah betul.


Aaarrrrrggghhhhh.....susah betul nak gerak ke depan.


Atas riba mama. Semenjak hijrah ke Kelantan masa umur 25 hari, ini kali kedua jumpa mama. Kesian mama, nak belajar lagi, nak jaga anak lagi. Tak lama lagi Anas nak balik Ipoh. Boleh jumpa mama setiap hari.



Baru bangun tidur dalam buai. Nasib baik mama ada dekat. Kalau tak dah jatuh dari buai. Takpe, rumah nenek kat Kelantan ni kayu, lembut sikit tak macam rumah nenek kat Ipoh, batu, keras. Kat Ipoh nanti kena hati-hati sikit.


Sekali sekala dapat posing dengan mama syok jugak. Asyik Abang Sulaiman je yang dok bergambar dengan mama...


Tertidur kat belakang kereta ayah.


Monday, 22-Oct-2007 01:53 Email | Share | | Bookmark
KOTA BHARU- KAMPUNG KRAFTANGAN

 
 
 
View all 6 photos...
Rupanya banyak lagi sudut-sudut menarik kat KB yang aku belum lawati. Antaranya kampung kraftangan. Pada 4 syawal yang lepas aku bersama keluarga pergi lagi ke KB. Dah puas pusing pasar besar, perut pun lapar. Aku pernah dengar restoran kat dalam kampung kraftangan tu sedap gak, so aku pun singgah la isi perut. Orang ramai giler. Harga pun murah, makan sedap. Tapi aku tak sempat nak ambik gambar suasana dalam restoran tu. Gambar kawasan sekitar je yang sempat ambik.


Sebelah kiri air pancut ni la restoran yang aku ceritakan tu.


Salah satu sudut menarik dalam Kampung Kraftangan.


Anak aku pun seronok main dalam kawasan ni.


Jenuh mamanya nak kejar. Penat dibuatnya.


Pandai juga anak aku ni posing.


Lepas posing dengan mama posing dengan ayah pulak.


Monday, 22-Oct-2007 01:34 Email | Share | | Bookmark
KOTA BHARU- PASAR BESAR SITI KHADIJAH

 
 
 
View all 6 photos...
Ramai yang bila ambik gambar kat Pasar Besar Siti Khadijah hanya fokus pada bahagian bawah je. Tempat jual sayur dan ikan (pasar basah). Sebenarnya Pasar ni ada banyak tingkat lagi. Macam-macam ada jual kat situ. Kali ni aku ambik gambar bahagian kain. Sebenarnya bukan niat aku nak ambik gambar pun, tapi bini aku ni bila pegi pasar ni mesti pegi bahagian kain je. Hari tu dia nak beli tudung. Nak beli 3 je, tapi memilihnya sampai 2 jam. Aku pun naik boring menunggunya. Itu la pompuan bila shopping. Dah boring aku pun keluarkan kamera ambik la gambar apa yang patut. Tak banyak sangat. Sikit je....


Susunan kain yang tersusun rapi. Kedai ni favourite bini aku bila nak beli tudung.


Susunan tudung yang telah berjaya menggoda bini aku. Duit aku pun terbang.


Batik design terbaru. Bini aku hanya mampu bermimpi je nak pakai...kah..kah..kah..


Tuan kedai. Rasanya dia pun dah cam aku dengan bini aku. Dah banyak kali pegi kedai dia.


Suasana dalam pasar.


Bini aku sedang asyik memilih tudung.


[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  17  [18]  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net