Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]
Friday, 2-Nov-2007 02:23 Email | Share | | Bookmark
The Future of Kota Bharu

 
 
 
View all 12 photos...
Sapa kata Kelantan mundur, ketinggalan? Nah korang tengok la sendiri. Mudah-mudahan apa yang dirancang ni akan jadi kenyataan. Sebahagiannya in progress spt KBTC, KTC, Pelangi Mall (hampir siap) dll. Yang lain-lain tu harap mula cepat.


Kota Bharu Trade Centre. Giant akan buka di sini. Dulu Pasar Malam Parit Dalam @ padang bas. Sebelah Pasar Besar Siti Khadijah dan bangunan TNB.


Kelantan Trade Centre. Dekat Hotel Perdana, sebelah Hospital Pakar Perdana, depan Medan Usahawan, dekat Stadium Sultan Muhammad IV. 70% siap (anggaran aku).


Pelangi Mall, Jln. Post Office Lama. Dekat Grand River View Hotel, tepi Sungai Kelantan. 95% siap (anggaran aku). Tak sabar nak shopping kat sini.


Nuri Tower. Yang ni aku tak tau kat mana. Dapat gambar dlm internet kat laman mengenai Kelantan. Ntah ye ntah tidak.



Yang ni dekat panji. Kalau dari KB, sampai trafik light JPJ, belok kiri menghala ke Sabak. Kalau dari Kubang Kerian (HUSM), terus je ke depan. Harganya mahal gila. Aku ada contact developer. RM254,000 untuk tingkat 10. Itupun katanya dalam proses nak naikkan harga. Ntah orang kaya mana yang beli aku pun tak tau.


Yang ni mesti tepi Sungai Kelantan. Tang mana wallahu a'alam. Mungkin ganti kpd Taman JPS yang dah ditenggelami pasir dulu kot.


Yang ni aku rasa di tapak Hentian Bas Jalan Hamzah sekarang ni sebelah KB Mall. Bila nak mula aku tak tau. Aku nampak rumah panjang kat situ dah roboh. Sementara tu, Hentian Bas Jalan Hamzah nak ke mana buat sementara ni?


Stadium baru. Dah lama aku dengar nak buat kat Tunjung. Harapnya jadi kenyataan. Nampak dalam gambar macam berbumbung. Kalau betul molek benar la. Boleh orang perempuan main kat dalam. Masa perempuan main tutup bumbung, orang lelaki dihalau keluar. Masa lelaki main buka bumbung luas-luas. Mas hujan pun tutup bumbung, tak nak bagi rosak padang. Kalau betul kerajaan nak buat kompleks sukan baru aku harap stadium ni jadi prioriti. Yang sekarang ni lokasinya kurang sesuai sbb tengah2 pusat bandar dan sebelah hospital, bukan satu hospital, dua hospital sekali!


Masterplan utk Sri Cemerlang.

Hidup PAS. Semoga Umno makin lenyap di bumi Kelantan.


Tuesday, 30-Oct-2007 04:01 Email | Share | | Bookmark
Salah eja

 
Kepada pihak berkenaan tolong la betulkan ejaan Bilal dalam tulisan jawi tu. Aku tak ingat bila pasaraya ni ditubuhkan, tapi seingat aku dari mula-mula buka sampai la gambar ni aku ambik ejaannya macam tu la...ba' ya' lam alif lam (بيلال). Ejaan yang betulnya iala 'ba' lam alif lam'. (بلال)Tak de ya'. Harap MPKB BRI tolong bagitau pihak pasaraya.



Tuesday, 30-Oct-2007 00:48 Email | Share | | Bookmark
Toyota, Wakaf Che Yeh

 
 
 
View all 10 photos...
Lepas raya lepas aku pergi jenguk Pusat Jualan dan Servis Toyota di Wakaf Che Yeh. Sebenarnya adik perempuan aku yang nak beli kereta. So kami pergi la buat survey sikit. Masa tu Toyota sedang buat persiapan nak lancar model Vios yang baru. So, model-model lain tak dipamerkan masa kami pergi. Aku pun ambik peluang posing dengan Vios. Ada rezeki aku beli la nanti...ha..ha..ha..


Ada 3 model. Ini yang paling mahal.


Ambik gambar dulu. Besok ada duit beli la..kah..kah..kah...kah


Pandangan dari belakang


Suasana dalam pusat servis. Ramai rupanya orang kelantan yang pakai Toyota. Barangkali Toyota paling murah kot. Orang Kelantan kan "miskin".


CC ke ni. Ntah la, tak sempat aku nak cek.




Pusat Pameran, Jualan dan Servis Kereta Toyota, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Dengar kabarnya yang terbesar di Pantai Timur, dipindahkan dari Kuala Terengganu! Kenapa ye? Orang Terengganu duit banyak sangat kot. Setakat Toyota tu tak main la...diorang naik kacil, proton...Orang Kelantan naik Toyota je.



Tuesday, 30-Oct-2007 00:36 Email | Share | | Bookmark
Proton baru

 
 
Aku dapat gambar dalam internet. Tak payah la korang tanya sumbernya. Aku pun tak tau. Dulu masa Gen 2 belum keluar aku dah dapat gambarnya 6 bulan sebelum pelancarannya. Utk pengetahuan korang, aku tinggal dekat dengan kilang Proton di Tanjung Malim.


Pandangan depan.


Pandangan belakang.

Masalahnya kereta ni 1.3. Dengar ceritanya ganti proton saga/iswara. Pegawai kerajaan bergaji lebih RM2000 sure tak beli kereta ni sebab rugi bila nak buat tuntutan perjalanan. Mereka nak 1.6. Sebagai 2nd car boleh la kot.


Tuesday, 30-Oct-2007 00:32 Email | Share | | Bookmark
Main salji

 
Kenangan main salji di 'Ajlun, Jordan. Inilah satu-satunya gambar yang ada dalam komputer aku.



[<<  <  10  11  12  13  14  15  16  [17]  18  19  20  21  22  23  24  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net