Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]
Thursday, 27-Dec-2007 08:36 Email | Share | | Bookmark
Cooking Time

 
 
 
View all 7 photos...
Gulai Kawah

Aku dah merantau ke seluruh semenanjung malaysia. Sekarang aku tinggal kat Perak. Seumur hidup aku, aku tak pernah jumpa gulai (kari) sesedap gulai kawah di Kelantan yang biasa dihidangkan pada majlis perkahwinan.


Tumis bawang, halia, dll.


Gaya seorang tukang masak, sambil melayan anaknya.


Bila bawang dah kekuning-kuningan dan mengeluarkan bau yg sedap, masukkan serbuk kari. Campur sedikit air. Lepas tu masukkan juga gula melaka (org Kelantan panggil "nnise" (manisan).


Bila serbuk kari tu dah masak, masukkan daging dan kacau sehingga keluar air yang banyak. Kalau tak kacau nanti serbuk kari tu tak rata.


Kacau lagi sehingga daging masak.


Bila daging dah masak (empuk), masukkan santan. Kacau lagi sehingga mendidih. Jangan lupa garam secukup rasa.


Hampir masak. Time ni la kalau nak masukkan buah ara ke, umbuk kelapa ke, putik pisang ke atau lain-lain. Pilih salah satu je. For me, the best is buah ara.

Cara yang ditunjukkan di atas adalah cara ekspress. Nak cepat, tak cukup masa. Kalau kenduri kawin orang Kelantan buat cara lain sikit. Ramuan rempah tadi semuanya dimasak malam dan diperap. Pagi esoknya hanya masukkan daging dalam kawah dan selepas itu masukkan ramuan tadi dan kacau sehingga daging masak. Lepas tu masukkan santan dan lain-lain.

Orang Kelantan biasanya agak cerewet dan cermat dalam kenduri kawin. Mereka nak masak yang terbaik sbb nak jaga imej pihak yang buat kenduri. Kalau gulai tak sedap, orang akan bercakap berminggu-minggu. Sbb itula cara yang ditunjukkan dlm gambar di atas tak di amalkan bila time kenduri kawin. Kalau kenduri biasa atau aqiqah dsb. tak pe.


Wednesday, 26-Dec-2007 04:17 Email | Share | | Bookmark
Aidil Adha 1428

 
 
 
View all 15 photos...
Raya haji lepas aku dan keluarga balik raya kat kampung di Kelantan. Aku ambil kesempatan untuk aqiqah Anas. Dua bahagian lembu. Adik aku Yusri pun aqiqah sama, dua bahagian juga. Kemudian, kakak iparnya ambik satu. Adik perempuan aku dan mak aku masing-masing ambik satu untuk korban. Cukup tujuh. So kami sekeluarga sembelih seekor lembu. Dapat buat gulai kawah bahagian yang aqiqah tu.


Wajah sedih seekor lembu yang bakal menjadi korban.


Selepas berhempas pulas akhirnya berjaya direbahkan.



Ready to be slaugthered.


Pisau mula menghiris.


Makin dalam.


Hampir siap.


Nyawa-nyawa ikan.



Mati jua akhirnya.



Dah siap cincang. Ready untuk masak. Lupa nak ambik gambar masa melapah.


Sapa takde gigi boleh ambik yang ni. Guarantee 10 tahun.


[


Tuesday, 25-Dec-2007 12:19 Email | Share | | Bookmark
Anas is back to Kelantan

 
 
 
View all 5 photos...
Kerana kesukaran mencari pengasuh, aku terpaksa hantar Anas balik ke kampung aku di Kelantan pada aidil adha yang lepas. Sangat menyedihkan, tapi apa nak buat? Takde pilihan.






Bersama ayah kat PCB.


Bersama mama dalam kereta. Ayah tengah drive.


Bersantai bersama mama depan swimming pool perdana resort.


Monday, 17-Dec-2007 12:11 Email | Share | | Bookmark
Anas is back to Ipoh

 
 
 
View all 6 photos...
Anas dah balik Ipoh!













Tuesday, 4-Dec-2007 02:47 Email | Share | | Bookmark
Dr. Abdul Qadir as-Saadi - Pertemuan yang sangat bermakna

Pertama kali dapat bergambar secara personal dengan Dr. as-Saadi
My schoolmate and university mate, Mursyid
Pada pagi 28 November lepas hati meronta-ronta untuk ke UIA. Masa tu aku kat Ipoh bersama keluarga. Walaupun isteriku tak berapa suka tapi aku berkeras juga nak pegi untuk menyelesaikan urusan pembelajaran aku. Rupa-rupanya ada tetamu istimewa sedang menunggu di sana. Pada petang itu, bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIA aku dapat betemu mata dengan bekas pensyarah aku masa kat Jordan dulu, Dr. Abdul Qadir as-Saadi, yang datang membentangkan kertas kerja pada Persidangan Bahasa Arab Antarabangsa anjuran UIA. Singkat tapi cukup bermakna. Sayangnya aku lupa bawa kamera digital aku. Nasib ada handphone Nokia 6600. Dapat gak ambik gambar walaupun kualitinya kurang.
Dr. as-Saadi memang mendapat tempat istimewa dalam hati pelajar-pelajar Malaysia di Universiti Al al-Bayt, Mafraq, Jordan semasa beliau mengajar di sana dari tahun 1994 hingga 2000. Semua pelajar Malaysia yang pernah belajar dengan beliau walaupun satu subjek akan diingati nama mereka sampai bila-bila. Beliau juga memberi kuliah fiqh kepada kami secara percuma di luar universiti, manakala abangnya Dr. Abdul Hakim memberi kuliah usul fiqh. Seorang lagi abangnya Dr. Abdul Razak as-Saadi mengajar di UIA.


Kali pertama dapat bergambar secara personal dengan Dr. as-Saadi. Masa kat Jordan dulu posing ramai-ramai. Itu pun masa hari raya je.


My schoolmate (KISAS) and university mate (Al al-Bayt), Mursyid. Anak AllahyarhamCikgu Mustafa Long, bekas pemimpin Pas Kedah.


[<<  <  9  10  11  12  13  14  15  [16]  17  18  19  20  21  22  23  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net