Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Monday, 3-Mar-2008 02:18 Email | Share | | Bookmark
Happy Time Together

 
 
 
View all 6 photos...
Kenangan bersama anak-anak di Tok Bali

Spt yang anda semua tau (tengok entry yg lepas2), seorang anak aku kat Ipoh dan seorang lagi kat Pasir Puteh, Kelantan. Sesekali bila aku dan isteri balik kampung kami bawak anak-anak berjalan.



Sulaiman nak terjun kolam kat D'Bali Riverine Resort. Skrg Sulaiman pantang jumpa kolam renang, pasti nak terjun. Semenjak dia mandi kat swmming pool kat Perdana Resort dulu, dia tak boleh nampak kolam. Sayangnya kolam renang kat D'Bali Riverine Resort ni belum siap lagi.


Anas yang padai bergaya. Bila mama dia nak ambik gambar, pandai dia angkat tangan. Posing la kononnya. Tapi dia comel kan? Posing la macamana pun tetap comel.



Tepi muara sungai.


Anas dengan mama. 2-3 bulan sekali jumpa mama.



Kat Restoran Ikan Bakar Pak Su Leh. Tengah lapar ni.


Saturday, 23-Feb-2008 06:20 Email | Share | | Bookmark
Tok Bali and Semerak

 
 
 
View all 25 photos...
GRAND DESIGN FOR TOK BALI



IKAN DAN KEROPOK

Tok Bali dan Semerak adalah dua entiti berlainan, tapi berjiran dan berkongsi kegiatan ekonomi yang hampir sama iaitu perikanan dan yang berkaitan dengannya. Sekarang Tok Bali makin popular dan mengatasi Semerak yang lebih terkenal dengan keropok. Tok Bali makin terkenal dengan industri perikanan. Satu pelabuhan perikanan moden moden dan canggih sedang dibina. Sebahagiannya telah siap dan telah beroperasi dan bersambung terus dengan pasar ikan.

Resort juga makin banyak tumbuh di Tok Bali antaranya Rimbun Kisana Beach Resort, tempat salah seorang pelatih PLKN mati kerana kemalangan dalam tandas tahun lepas. (Satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional). Antaranya juga D'Bali Riverine Resort seperti yang ada dalam gambar di bawah.

Di Tok Bali juga aku menemui satu lagi ikan bakar yang sedap. Ikan bakar Pak Su Leh. Tengok la sendiri. (Tak boleh rasa. Nak rasa kena la pi sendiri ke Tok Bali).



Bilik yang disewa oleh pak mertua aku. RM170 satu malam. Mahal, tapi KB dah kehabisan bilik hotel masa tu.


Restoran Pak Su Leh. Mcm2 ada. Special menunya ikan siakap bakar.





IKAN BAKAR PAKSU LEH

Sebelum ni aku kata ikan bakar tasik raban paling sedap pernah aku rasa. Tapi sekarang aku dah jumpa ikan bakar yang boleh menandingi ikan bakar tasik raban kalau pun tak mengatasinya. Enjoy the picture.



Proses membakar.



Siap untuk dimakan



Thursday, 31-Jan-2008 05:35 Email | Share | | Bookmark
ANAS AT KAMPUNG KRAFTANGAN

 
 
 
View all 10 photos...
Now is Anas's turn

18 Januari 2008 aku dan isteri balik ke Kelantan dengan bas untuk tengok anak kami Anas. Dah lama tak tengok, rindu sangat. Besoknya kami ke Kota Bharu. Saja makan angin dengan Anas sambil shopping kat Tesco baru. Takde la exited sangat, sekadar kenal tempat.

Dari Tesco kami pergi isi perut di Restoran Cikgu dlm Kampung Kraftangan, sebelah Istana Balai Besar.



Bersama Intisar dan Ipah (dukung Anas)


Di medan selera baru. Di hujung sana ialah Hotel Royal Guest House (Safar Inn dulu). Sebelah kiri ialah pagar Istana Balai Besar, dan belah kanan ialah Kampung Kraftangan (Restoran Cikgu).


Rumah Johor. Setiap negeri ada rumah kat sini (medan selera baru). Rumah tu sebenarnya gerai yang menyediakan pelbagai perkhidmatan. Kebayakannya beroperasi waktu petang hingga malam.


Urut refleksologi pun ada! Macam kat Bukit Bintang la pulak. Operasi dari 3pm hingga 12 am.


Gerai-gerai tomyam.


Dulu Abg. Sulaiman posing dengan mama kat sini. Now is Anas's turn. Abg Sulaiman kat Ipoh dengan nenek.


Kedai cenderamata dan kraftangan.


Lukisan yang dijual.


Thursday, 31-Jan-2008 04:02 Email | Share | | Bookmark
TESCO

 
 
 
View all 15 photos...
Tesco vs KB Mall, mana lebih besar?

Anas at Tesco KB
Kepada orang Kelantan, masa shopping kat Tesco tu ingat-ingatlah peniaga dan peruncit kecil-kecil sama. Tesco ni Yahudi punya. Tapi setahu aku bagi Malaysia, ada share orang tempatan. Takkan nak beli ikan sekilo sayur 2 kilo, beras sekampit pun nak gi Tesco.

Anyway aku tak la excited sangat nak shopping kat sini, cuma sekadar meraikan dan menjenguk perkembangan terbaru di negeri kesayangan aku ni.


Pintu masuk.


Susu bayi.



Anas dengan mama tengah cari barang.


Kek dan roti


Shop lots.


Anas dan mama posing depan Focus Point, kedai cermin mata.



Escalator yang bersimpang siur.


Kedai aiskrim, Lucky.

Sebenarnya Tesco KB lebih besar drpd Tesco Ipoh, tapi kat Ipoh ada 3. Satu belakang Jusco (Kinta City), satu Makro lama (seberang highway-tesco extra), satu lagi kat Ipoh Parade (Tesco Express). Kalau gabung tiga ni memang lebih besar la.

Latest News

The biggest hypermart is coming to KB.

Mydin bina hypermarket terbesar di bandar baru Tunjung
Salmah Mat Husain
Mon | Jan 28, 08 | 6:43:00 pm MYT
KOTA BHARU, 28 Jan (Hrkh) – Ungkapan Kelantan tidak membangun di bawah PAS sering kali didengari, lebih-lebih menjelang pilihan raya umum ke-12 tidak lama.



Bagi Umno, hanya itulah kempen yang terlalu mahal baginya untuk memperlekehkan kerajaan Kelantan, sedangkan realiti yang berlaku di bumi Serambi Mekah hari ini semakin sendat dengan pembangunan.

Ini terbukti lagi apabila Mydin Wholesale Emporium Sdn Bhd menandatanganni perjanjian dengan kerajaan negeri bagi membina Hypermarket Mydin terbesar di negara ini di sini tidak lama lagi.

Hypermarket itu melibatkan kos RM100 juta akan dibangunkan di Bandar Baru Tunjung tidak jauh dari Bandar Kota Bharu.

Kompleks bangunan perniagaan itu akan dibina di kawasan seluas 18 ekar itu akan dimajukan bersama dengan Tunjong Development Corporation Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Perjanjian itu melibatkan pengambilan tanah yang ditandatangani Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mewakili PMBK dan Mydin diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin.

Manakala perjanjian pembangunan pula membabitkan PMBK, Mydin dan Tunjung Development Corporation yang diwakili pengarahnya, Fauzi Abdullah.

Sebagai tanda persetujuan memulakan projek pembangunan Mydin menyerahkan cek bernilai RM1.8 juta kepada PMBK dan sebuah Toyota Fortuner bagi kegunaan di tapak projek.

Ameer berkata, walau pun mengakui Mydin berhadapan dengan pelbagai persaingan, namun berkeyakinan hypermarket yang bakal beroperasi nanti tidak akan tergugat.

Katanya, barang-barang yang akan dijual berlainan berbanding pasar raya lain termasuk Tesco yang baru beropersi di sini.

“Memang saya tidak nafikan kami terpaksa berhadapan dengan persaingan yang sengit termasuk Tesco, namun barangan kami berlainan termasuk produk bagi keperluan ibadat untuk umat Islam.

“Lagi pun kami mengimport sendiri barang-barang berkenaan dari tempat membuatnya di luar negara bagi membolehkan harga ditawarkan lebih rendah,” ujarnya kepada pemberita selepas itu.

Kata beliau projek berkenaan akan dimulakan pada April depan dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

Selain itu, perjanjian usahasama antara Kelantan Utilities Mubarokan Holding Sdn Bhd, Yayasan Kraftangan Kelantan dan Kinson Manufacturing Sdn Bhd turut ditandatangani.

Kelatan Utilities Mubarokan diwakili pengerusinya, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Yayasan Kraftangan Kelantan diwakili pengarahnya, Datuk Ismail Hassan dan Kinson pula Pengarah Urusannya, Datuk Tan Kean Wan.

Perjanjian berkenaan bagi kerja-kerja pemasangan paip baru di beberapa tempat Kelantan.

Kelantan kini mempunyai bilangan pasar raya terbanyak di Pantai Timur. Terdapat lebih 10 pasar raya termasuk satu hypermarket. Manakala di setiap bandar pula terdapat sekurang-kurang sebuah pasar raya.



Food court yang dipenuhi oleh orang lapar! Aku belum sempat makan kat sini lagi, sbb lps shopping kat sini aku pergi makan kat Restoran Cikgu di Kampung Kraftangan, KB.

MYDIN LAGI

Mydin Sasar Jualan RM2 Bilion Dengan Pembukaan Tujuh Hypermarkert Baru

KOTA BAHARU, 28 Jan (Bernama) -- Mydin Wholesales Emporium Sdn Bhd menyasarkan jualan syarikatnya meningkat RM2 bilion pada tahun hadapan dengan beroperasinya tujuh lagi pasaraya besar yang kini dalam proses pembinaan.

Pengarah Urusannya Datuk Ameer Ali Mydin berkata setakat ini jualan syarikat itu berjumlah RM1 bilion setahun melalui 24 emporium dan dua pasaraya besarnya di seluruh negara.

"Tujuh pasaraya besar itu masing-masing akan dibina di Melaka, Kuantan, Pahang, Kubang Kerian dan Tunjung di Kota Baharu dan tiga lagi di Ipoh, Perak," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Melalui MoU itu, Mydin Wholesales Emporium Sdn Bhd memeterai perjanjian dengan PMBK melalui anak syarikatnya Tunjong Development Corporation (TDC) bagi pembangunan tanah seluas 7.2 hektar untuk pembinaan pasaraya besarnya yang baru di Bandar Baru Tunjung.

Ameer berkata pembinaan pasaraya besar di Bandar Baru Tunjung itu menelan kos RM100 juta dengan keluasan 650,000 kaki persegi menjadikan ia pasaraya besar terbesar di negara ini.

"Kita jangkakan pasaraya besar ini akan dapat beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun hadapan seandainya proses pembinaannya dapat dimulakan pada Julai ini," katanya.

Katanya dengan siapnya pasaraya besar terbesar itu nanti, ia dijangkakan memberi peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,000 orang.

"Kita percaya kelainan yang ada pada Mydin mampu menarik pelanggan walaupun terpaksa bersaing dengan pelbagai pasaraya lain termasuk di Kelantan," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui selepas majlis MoU itu berkata kerajaan negeri amat berterima kasih kepada pelabur kerana sanggup melabur untuk membangunkan negeri.

"Saya bersyukur atas kepercayaan syarikat-syarikat besar untuk membangunkan Kelantan dari pelbagai aspek termasuk pembangunan tanah dan pembangunan air seperti yang dibuat oleh sebuah syarikat pembuatan paip di Pengkalan Chepa," katanya.

//Bernama


Thursday, 31-Jan-2008 03:54 Email | Share | | Bookmark
KB Mall

 
 
 
View all 10 photos...
The biggest shopping complex in islamic city

I do not prefer hypermart actually because it negatively effects small traders/retailers who in the case of Kelantan mostly are Malay Muslim. But some western thinking guys make it one of important indicators of developement and progress of a country.

So, I welcome hypermart but not very excited to spend my money there. It doesn't mean I do not go to the hypermart at all. For some goods, I rather go to traditional markets available all across the state (such as Siti Khadijah Central Market), and for other goods I choose to shop at hypermart, not only in KB but in KL as well.


Main entrance. Aku kata pompuan dlm gambar tu Wardina, tapi bini aku kata bukan. Anyway, dia memang cantik, tapi tak lah secantik bini aku..ha ha ha...

KB Mall dinobat kompleks beli belah terunggul di Malaysia
Nyza Ayob
Fri | Nov 23, 07 | 11:48:23 am MYT
KOTA BHARU, 23 Nov (Hrkh)- KB Mall terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh negara dalam majlis anugerah "Retail Development"(kategori kompleks membei belah) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 27 Oktober lalu.

Kejayaan tersebut juga melayakkan kompleks membeli belah yang berpusat di Kota Bharu itu mewakili Malaysia untuk pertandingan kompleks membeli belah terunggul yang akan diadakan di Belanda pada Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Dato' Anuar Tan mengumumkan kejayaan tersebut dalam sesi penggulungan Perbahasan Menyokong Titah Ucapan Sultan Kelantan dalam Persidangan Kali ke 3 (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke 4 Dun Kelantan.

Beliau menyifatkan pencapaian ini adalah pencapaian luar biasa kerana KB Mall dapat mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur seperti Sogo, Suria KLCC, Lot 10.

"Sewaktu urusetia majlis tersebut menalefon saya bagi pengesahan kehadiran, saya tidak sangka kita akan menerima anugerah seumpama itu kerena pengumuman anugerah hanya diumumkan pada malam tersebut," katanya.

Jelasnya, antara kriteria KB Mall dipilih sebagai pusat membeli belah terunggul kerana jumlah pengunjung teramai pada 2005, jumlah nilai perniagaan yang tertinggi serta sumbangannya kepada sektor pelancongan di Malaysia.

Anuar turut menyebut juri yang terlibat dalam penilaian bagi anugerah tersebut. Antara juri yang terlibat daripada tujuh orang juri tersebut ialah Tan Sri Kamarul Ariffin Mohd Yasin, Dato' Seri Megat Tajuddin dan Dato' Nafsiah Omar. Anugerah tersebut disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah

Jelasnya lagi, walaupun majlis tersebut turut dihadiri ramai wartawan, mungkin disebabkan Kelantan menerima anugerah kompleks membeli belah terunggul, berita mengenainya tidak diketengahkan oleh media.

Katanya lagi, pada majlis yang dihadiri kira-kira 3000 tetamu itu hanya Kelantan dihadiri oleh wakil exco kerajaan negeri.

"Sewaktu Kelantan diumumkan sebagai pemenang, semua hadirin bertepuk tangan, kira-kira lima minit. Saya pun hairan kenapa kita mendapat tepukan yang begitu gemuruh.

"Saya berpendapat ini merupakan pencapaian yang amat baik. Dan pada bulan hadapan 'wau bulan'(simbol KB Mall) akan terbang ke Belanda dan Kelantan akan dikenali dalam peta pelancongan di Malaysia.

"Kita berpijak di bumi yang nyata dan jangan terlalu berangan-angan. Biarlah apa yang kita lakukan itu untuk rakyat seluruhnya"katanya.

Sementara itu, sewaktu ditanya oleh Speaker sama ada pihak KB Mall akan mengadakan majlis bagi meraikan kejayaan tersebut, jelas Anuar, majlis tersebut akan diadakan dalam suasana meriah.

"Pihak pengurusan KB Mall telah menyampaikan kepada saya, majlis tersebut akan menjadi satu majlis yang 'grand' dan dijemput semua rakyat Kelantan untuk meraikannya," katanya yang disambut tepukan gemuruh ahli Dun yang lain.


First floor, bhgn pakaian. Bini aku sibuk cari baju.


Ground floor. Hypermart. Macam-macam ada.


Centre Court.


Pentas di centre court. Hiasan sempena Krismas. Ini yang aku tak suka ni. Tapi takde la grand macam kat KLCC tu. Sekadar meraikan golongan minoriti.


Pintu masuk ke pasaraya di 1st floor. Sampai kelobi


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net