Yusoff's FotoPage

By: Yusoff Yaacob

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 7-Oct-2008 03:12 Email | Share | | Bookmark
AIDIL FITRI 1429

 
 
 
View all 32 photos...
Selamat Hari Raya 'Idul Fitri

Tahun ni aku sekeluarga beraya di Pasir Puteh Kelantan buat kali kedua berturut-turut. Ikut giliran patut raya kat Ipoh, tapi anak kecik aku ada dat Kelantan. So, raya kat sana la. Tahun depan dan seterusnya (1430 dan 1431 Hijrah) terpaksa la raya kat Ipoh. Takpe, itu namanya tolak ansur. Takkan pasal nak sambut raya pun gaduh laki bini. Kepada laki bini yang selalu gaduh nak raya kat mana tu contohi la aku dan bini aku..kah kah kah...


Tahun ni aku diminta baca khutbah. Biasanya aku jadi imam solat idul fitri, tapi orang biasa baca khutbah tu tak sihat. So aku took over. Aku pun jual mahal gak, tak nak ambik dua...satu cukup la.

1 Syawwal

Budak hensem



Bapa borek anak rintik. Sulaiman melaram dengan serban ayah....

Dua budak comel...jarang-jarang bertemu


Sekarang ni Sulaiman suka buli adik. Tak tau kenapa. Sebenarnya dia geram tengok adik dia. Maklumlah, bukan selalu boleh main dengan adik.

Anas budak comel (dan manja)




Adik nangis kena buli dengan abang. Nasib baik mama ada.


Dapat manja dengan mama. Mama tengok adik sebulan atau 2 bulan sekali.


Tak sabar tunggu mama grad...nak tinggal dengan mama & ayah kat Ipoh.Biasa kalau naik kereta, abang Sulaiman dok depan dengan mama. Hari ni Abang Sulaiman tidur, so adik boleh dok dengan mama kat depan..yahooooo...seronoknya.

Sulaiman buli adik

Dah pakai serban pun sempat lagi buat adik. Sekali adik lempang kat muka dia habis dia ngadu kat semua orang...mama, ayah, nenek dll.."Nah wat".

HIDANGAN RAYA PALING POPULAR DI KELANTAN (KETUPAT PALAS 3 BUCU)

Ketupat ni bungkus oleh aku, mak aku dan adik beradik aku kecuali kaka sulung aku yang tak tau bungkus ketupat. Susah ooo...Ada orang ngutuk "apa la kelantan...ketupat pun manis". Habis ketupat nasi yang tawar tu dimakan denga kuah kacang yang dimasukkan gula atau gula melaka tu apa cerita. Ketupat nasi yang bungkus dengan daun kelapa tu lagi bodoh. Buat penat je ngayam daun tu..last last jadi macam nasi himpit gak. Rasa pun nasi himpit, kuah pun sama dengan nasi himpit. Baik buat nasi himpit je..lagi senang, tak penat nganyam.

Ketupat palas ni pun ada kat Perak, tapi bungkusannya tak la secantik dalam gambar kat atas tu.. he he he. Nanti la..kalau aku jumpa lain kali aku ambik gambar letak kat sini. Boleh bandingkan sendiri.


Hidangan kat rumah Maklong. Maklong tak berapa sihat sekarang. Kena kencing manis. Pastu ada pulak benda2 lain dok kacau.


Nasi dagang kat rumah Mak Cu. Tiap2 tahun Mak Cu buat nasi dagang.


Thursday, 4-Sep-2008 07:33 Email | Share | | Bookmark
ZOO TAIPING

 
 
 
View all 24 photos...
WORLD OF ANIMALS

31 Ogos aku bawak anak sulung aku ke zoo Taiping. Anak kedua tak ikut sebab ada kat Kelantan. Dulu Sulaiman suka tengok Animal Planet. Kalau dia menangis, buka je chanel Animal Planet, diam la dia. Sekarang dia suka tengok lumba kereta termasuk F1. Ada satu malam tu, F1 tengah tayang kat chanel 813. Dia tengah syok tengok, aku tukar ke chanel 812 sbb nak tengok bola. Apa lagi, mengamuk la. Terpaksa aku tukar balik. Nasib baik masa tu pasukan yang aku nyampah main...Arsenal..he he he ... kalau tak bergaduh la aku dengan anak aku tu.

Apa pasukan favourite aku? Ha ha ha...cari la sendiri dalam fotopages ni.




























Tuesday, 26-Aug-2008 09:50 Email | Share | | Bookmark
Konvokesyen

 
 
 
View all 12 photos...
IINTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA'S 24TH CONVOCATION

Aku dah dapat master. Tinggal selangkah untuk dapat PhD. Bunyinya senang, tapi payah tak tau nak cakap.







Monday, 21-Jul-2008 06:28 Email | Share | | Bookmark
Last day in ......

 
 
 
View all 24 photos...
TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT AKU BERTEMU JODOH
Pada 16 Julai 2008 bermulalah tugas aku di tempat baru, salah sebuah IPG di Malaysia. Macam biasala...ada majlis perpisahan. Aku dijemput untuk memberi ucapan. Maka buat pertama kali dlm sejarah 7 tahun tolak 2 minggu aku ditempat lama, aku berdiri di atas pentas di dataran perhimpunan untuk memberi ucapan buat kali pertama dan terakhir! ha ha ha.... Ada rakan2 setugas kata aku tak pernah bercakap depan budak.. Takpelah...Allah maha tahu apa aku buat selama 7 tahun jadi warden di sekolah tersebut. Dosa pahala tuhan yang tentukan bukan mereka.
Biasa kalau cikgu pindah ucapannya bernada sayu dan sedih, tapi ucapan aku diiringi dengan gelak ketawa oleh pelajar2 dan guru2.
Antara isi kandungan ucapan aku:
- tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat aku tempat aku bertemu jodoh (kah kah kah..)
- kepada pelajar yang pernah aku tampar, sepak, terajang...jangan harap saya nak mintak maaf.
Anggaplah anda sebagai seorang yang bertuah kerana bukan semua orang dapat merasa buah
tangan saya. Moga dengan buah tangan tersebut anda akan jadi manusia berguna suatu hari
kelak.



Ucapan pertama dan terakhir di perhimpunan pagi.



Bergambar kenang-kenangan dengan pelajar2 kelas yang aku jaga.

Selepas itu aku sempat juga masuk kelas. Masa itu pelajar2 menengah atas tengah ujian topikal, menengah rendah belum lagi. Inilah sebahagian daripada suasana kelas yang sempat aku rakam.





Calon2 PMR 2008. Semoga berjaya!


Terpinga-pinga baru bangun tidur. Aksi tidur dah dirakam. Padan muka.




Calon2 SPM 2009. Ntah lah...tengah ujian topikal pun tidur....


Tuesday, 29-Apr-2008 07:44 Email | Share | | Bookmark
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL BOOK FAIR (KLIBF)

 
 
 
View all 12 photos...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Sulaiman suka maskot.


Kali pertama jumpa maskot (termasuk aku). Mula-mula salam.


Lepas tu tak mau lepas tangan. Teruja tengok maskot.


Berehat hilangkan penat. Sulaiman dok tenang sorang budak kecik nama Hani. Ada hati nak ngorat.




Suasana dalam bilik pameran. Macam-macam ada.


Antara buku-buku yang dijual.


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net