|
|
| Friday, 13-Nov-2009 07:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kawasan Perkelahan Ulu Chepor
|
|
SHOWER TIME
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 4-Nov-2009 07:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
OFFICIAL CONVOCATION'S PHOTOS
|
|
HAPPY MOMENT
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Oct-2009 03:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
IIUM 25TH CONVOCATION
|
|
MY WIFE, MY PRIDE
She was 17 when she felt in love with her future husband. She was engaged when she was 18 years 9 months. She got married 13 months later. She gave birth to a cute boy 10 months later. She gave birth again to even a cuter boy 13 months later. 2 years later, she graduated from Department of Quantity Surveying, Kulliyyah of Architecture and Environmental Design, International Islamic University Malaysia with a CGPA 3.5, as top 5.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 8-Oct-2009 07:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KOTA BHARU TRADE CENTRE
|
|
DAH SIAP?
Aku rasa belum siap. Baru fasa satu (podium je). Sepatutnya ada menara (bangunan) 25 tingkat. Setahu aku la, dan berdasarkan gambaran pelukis dalam ilustrasi yang boleh didapati di www.mpkb.gov.my. Kalau tak silap 2012 dijangka siap sepenuhnya. Apa-apa pun harapnya pembangunan yang dinikmati ini bukan milik orang lain, biarlah ia milik orang Islam tanpa menafikan peluang orang lain juga.
PARKSON
Pasaraya Parkson membentuk sebahagian besar KBTC. Balik raya lepas aku pun pegi la jenguk sikit. Nak parking kereta kat tempat parking dia la kononnya. Masa masuk tu guard tu dah warning siap2, jalan naiknya sangat tinggi, curam, tapi kalau kereta auto no problem. (kereta aku auto). So, aku pun naik la...cis, no problem kononya..tinggi gila. Terpaksa gear satu. Tu pun jenuh, mcm kura-kura. Aku tengok kereta manual lagi laju naik.
Aku pun tak tau sapa yang design bangunan tu. Bini aku cakap (bini aku QS), orang ni design tak betul, menyusahkan orang.
So, nasihat aku, tak payah la korang parking kat dalam. Parking je kat luar, area pasar siti khadijah tu..
Pemandangan dalam Parkson:
Anak aku posing.
Gambar2 spt ini tak sepatunya ditayangkan di sebuah bandaraya islam.
Pintu masuk parkson tingkat 3.
Kedai-kedai
Akemi
Istanbul Fesyen. Ejaan dalam jawi tu salah. Yang betulnya: اسطنبول
ِAnnisa'. Busana Muslimah juga.
Sebenarnya aku kesuntukan masa. Tak banyak tempat yang aku explore. Nanti la, bulan 11 ni aku balik lagi.
BAZAR TENGKU ANIS
Yang ni aku rasa dah siap. Tunggu nak isi je. Dengar khabarnya peniaga di Bazar MPKB lama akan masuk sini.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 25-Apr-2009 10:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KUALA LUMPUR CITY CENTRE
|
|
Dah lama Sulaiman teringin nak naik kereta api. Minggu lepas 22 April 2009, aku pun bawak la dia naik LRT dari Asia Jaya ke KLCC.
Menyusu selepas penat berjalan. Sat lagi nak sambung balik.
Shower Time
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Apr-2009 13:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DREAM VS REALITY
|
|
KOTA BHARU TRADE CENTRE
What is supposed to be is....
And here what it is now....
(Up to 19 March 2009)
BAZAR TENGKU ANIS
What is supposed to be is.....
And here is what it is now.....
(Up to 19 March 2009)
NOTE: INI BUKAN PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Apr-2009 12:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PREVIOUS VS PRESENT
|
|
Belakang Bazar Buluh Kubu
PREVIOUSLY.......
PRESENTLY.......
Jelas nampak signboard sumbangan kerajaan pusat. Nak nynyoho ko ggapo?
Surau. Kat sini pun ada signboard ni. Nasib baik tak ada signboard "Projek Kerajaan Barisan Nasional" dengan lambang dacing senget.
Bulatan Jam Besar
PREVIOUSLY........
PRESENTLY......
Bulatan Jam Besar sedang dinaik taraf. Kontraktornya ialah Pertubuhan Peladang Kawasan...betul ke. Atau pakai nama je. Projek ini bawah pakej ransangan pertama dulu yang bernilai RM7b.
MORAL OF STORY:
Jangan takut pangkah selain daripada dacing dalam pilihanraya. Projek tetap jalan walaupun parti memerintah berbeza antara pusat dan negeri. Kat Kelantan pun ramai kontraktor Umno yang bodoh tak tau cari makan selain daripada bergantung kepada kontrak kerajaan semata-mata. So, kalau tak ada projek kerajaan pusat, tak makan para kontraktor Umno tu. Mau tak mau bawak masuk juga projek walaupun kadang-kadang projek yang tak bagi apa-apa kesan ekonomi berganda pun kepada rakyat terbanyak. Contohnya bulatan jam besar ni. Apa rakyat dapat selain beberapa orang yang berkerja di situ?
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Apr-2009 12:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AFTERMATH
|
|
Musnahnya wakaf bersejarah di Pasir Puteh
WAKAF TUAN FERRER
Apabila jiwa dirasuk syaitan,
Apabila otak sudah biul,
Apabila akal sudah melayang,
Apabila nafsu menguasai diri,
Apabila dadah, pil kuda, ectascy menjadi hidangan lazat.....
Wakaf bersejarah ini menjadi mangsa!
Wakaf Tuan Ferrer mempunyai nilai sentimental tersendiri bagi penduduk jajahan Pasir Puteh, Kelantan walaupun ia tidak berfungsi sebagai wakaf seperti kebiasaan wakaf-wakaf lain yang berselerak di Kelantan. Wakaf ini terletak di tengah-tengah bulatan (round about) di permulaan jalan P Puteh - Machang, bersempadan dengan Kg. Kelubi. Walaupun satu bulatan lain telah di bina di sempadan Kg Kelubi - Kg. Surau di jalan yang sama, ia tetap tidak sama dengan wakaf yang satu ini.
Wakaf Tuan Ferrer adalah mercu tanda Pasir Puteh. Bagi penduduk yang tinggal sepanjang jalan P Puteh Machang, wakaf ini adalah umpama sempadan yang memisahkah bandar Pasir Puteh dengan kampung Kelubi. Aku masih ingat lagi masa aku kecil. Jarak rumah aku dari P Puteh cuma 10 km saja atau 10 minit perjalanan dengan bas. Tapi budak kecik ni 10 minit rasa macam sejam. Setiap kali pergi ke pekan rasa penat naik bas. Sebaik sahaja nampak Wakaf Tuan Ferrer, rasa lega dan gembira kerana dah sampai ke P Puteh. Walaupun bandar P Puteh kecil sangat masa tu, tapi ia adalah nadi kehidupan penduduk jajahan tersebut. Masa aku kecik dulu nak pergi pekan sekali sebulan pun susah. Sekarang, bila balik kampung, hari-hari pun aku boleh pergi. Antara nak atau tidak.
Tuan Ferrer adalah seorang pegawai Inggeris yang bertugas sebagai Pegawai Daerah Pasir Puteh pada zaman penjajah. Mengikut cerita yang aku dengar daripada orang-orang tua, beliau sangat baik hati dan sangat disenangi oleh penduduk Pasir Puteh. Kira-kira macam Frank Swettenham di Selangor yang terkenal tu la. Sebagai mengenang jasa baiknya sebuah wakaf dibina sebagai tanda ingatan.
Aku tidak bermaksud mengagungkan penjajah. Kalau pun tak suka nama orang putih kapir tu tukar la nama. But, the wakaf must stay. Itu lah satu-satunya tempat bersejarah di bandar Pasir Puteh yang aku tahu. Tok Janggut, walaupun orang Pasir Puteh, jenazahnya dikebumikan di Kota Bharu. Apa lagi yang boleh dibanggakan.
Pada malam 12 Mac 2009 yang lepas, seekor manusia berjiwa binatang, sedang khayal di bawah pengaruh pil kuda, dan memandu kereta, merempuh pagar wakaf ini seterusnya menghentam wakaf ini. Lalu ranap sama sekali. Mengikut riwayat daripada adik aku, manusia celaka itu dikenali sebagai Cikgu Pil Kuda! Apa jenis cikgu pun aku tak tahu.
Aku tak dapat pastikan sama ada pihak PBT akan bina kembali wakaf lain di situ atau tidak. Kalau pun dibina ia bukan lagi Wakaf Tuan Ferrer, dan tak akan mempunyai nilai sentimental dan sejarah seperti Wakaf Tuan Ferrer.
Dalam perkembangan terbaru, sepanjang jalan dari tapak Wakaf Tuan Ferrer menghala ke Masjid Ibrahimi dan kawasan sekitar telah menjadi tapak baru pasar minggu Pasir Puteh setiap hari khamis dari pukul 7 am hingga 5 pm.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Dec-2008 01:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KOTA BHARU WATERFRONT CITY
|
|
The New Look of Kelantan River's Side
KB Waterfront City -located at Lembah Sireh- contains Pelangi Mall, Grand Riverview Hotel, Tesco and its surrounding area, etc.
Riverside Restaurant, belonged to Hotel Ridel
Kedai Mamak kedua di Kota Bharu
Destiny Hotel, beside Hotel Ridel
Bigger view of Pelangi Mall, facing Kelantan River
Restoran kopitiam dah mula tumbuh dengan banyak di KB. Ini salah satunya. The most famous is Hayaki.
Hotel Ridel
Antara dua darjat
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Nov-2008 07:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MENTERI BESAR KELANTAN
|
|
MENTERI BESAR KELANTAN YAB TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
21 Oktober lepas genap 18 tahun Tok Guru Nik Aziz menjadi MB Kelantan. Sepanjang 18 tahun tiada siapa boleh menggugat beliau di kerusi tersebut. Nuar Musa, Tok Pa, Awang Adek semuanya tersungkur dek kerana kesombongan, rasuah dan "peel huduh" masing-masing.
Walaupun dah 18 tahun jadi MB, aku hanya baru sekali sempat mendengar kuliah pagi jumaatnya secara live dari lokasinya depan Pejabat Pas Kelantan. Aku mengambil cuti 2 hari berturut-turut sebelum bermulanya cuti sekolah iaitu Khamis dan Jumaat. Tujuannya nak makan angin dengan bini aku sebelum balik ambik anak aku Anas di P Puteh. Cadangnya nak gi Perdana Stong Resort, tapi jauh. Kemudian nak singgah di Tasik Pergau, tapi payah perhubungan. Kena naik bot dll. Leceh. Last sekali ke Kota Bharu je la. Alang-alang di Kota Bharu pada pagi Jumaat aku ajak bini aku ke kuliah pagi jumaat Tok Guru. Dia kata ok je. Dia pun nak tengok rasa sendiri suasana yang sebelum ni hanya dengar cakap orang je.
Suasana jalan di sekitar tempat Tok Guru bagi kuliah. Khemah berniaga lebih banyak daripada khemah untuk hadirin. Kat Kelantan memang macam tu. Dah jadi tabiat orang Kelantan, suka ambil kesempatan berniaga tempat tumpuan orang ramai termasuklah tempat orang ngajar hari Jumaat. Malah tempat banjir pun ada yang ambik kesempatan. Ye la, bila banjir ramai yang datang tengok dan main air. So, ada la yang ambik peluang cari rezeki.
Jalan antara Ansar Inn dan Hotel Raudhah (ex-Hotel Ansar) pun turut jadi mangsa minat rakyat Kelantan berniaga.
Pentas utama, rostrum tempat Tok Guru berkuliah.
Technicians sedang sibuk mempersiapkan pentas sebelum kehadiran penceramah.
Sesi pertama. Aku pun tak kenal siapa penceramah. Kurang menarik penyampaiannya, lebih banyak baca kitab daripada mengulas. Seingat aku dia bagi kuliah tafsir surah al-Imran ayat mengenai perang Uhud.
Orang yang mendengar pun aku nampak kurang berminat, tak bagi perhatian sangat. Riuh rendah orang berniaga menenggelamkan suaranya. Ada sentuh sikit pasal politik Pas-Umno walaupun tak sebut terang-terangan nama2 parti tersebut. Walaupun kurang menarik banyak juga ilmu yang aku dapat.
Akhirnya tiba orang yang ditunggu-tunggu. Sebaik saja Tok Guru tiba susana riuh-rendah makin lama makin berkurangan dan akhirnya lenyap. Semua fokus pada Tok Guru. Para juru gambar pun ambik kesempatan ambik gambar termasuklah yang amatur macam aku ni untuk fotopages ni.
Tok Guru berjalan menuju ke pentas. Tok Guru dah bertongkat. Husam, bersedialah untuk ambik alih.
Bersedia untuk bagi kuliah.
Khemah tak cukup, terpaksa bentang surat khabar. Yang pakai tudung nampak jambul pun bersemangat nak dengar kuliah. Semoga jambul tu akan tertutup suatu hari nanti.
Kanak-kanak pun datang.
Sanggup berdiri sebab tak cukup khemah semata-mata nak dengar suara Tok Guru.
Khemah orang lelaki.
Khemah orang perempuan.
Kereta rasmi Tok Guru.
Kaki lima kedai pun boleh.
|
|
|
|